Friday, February 20, 2009

SEJARAH PRASEKOLAH SK. SRI CHANGKAT

Prasekolah ini telah dibuka pada tahun 2006. Prasekolah ini dibuka adalah bertujuan untuk mendidik kanak-kanak prasekolah di kampung ini supaya terdedah dengan pendidikan yang lebih moden dan dapat menerima pelajaran seperti mana kanak-kanak prasekolah di bandar. Seramai 25 orang murid telah berdaftar termasuk kanak-kanak berumur 5 tahun. Guru Besar sekolah pada masa itu ialah En. Faizun b. ....................... . Puan Marziah bt. Ghazali adalah guru prasekolah pertama di situ dan telah dibantu oleh Pn. Aznah bt. ......................... Pn. Aznah berkhidmat selama 6 bulan dan telah berpindah. Pada pertengahan tahun 2006 pula Guru Besar En. Faizun pula bertukar ke SK. ........................ . Kekosongan jawatan pembantu pengurusan murid ini telah diganti pula dengan seorang lagi pembantu prasekolah tetapi hanya berkhidmat 1 hari sahaja. Setelah itu seorang lagi pembantu pengurusan murid telah mengisi kekosongan jawatan tersebut. Mungkin disebabkan prasarana yang kurang menarik, beliau juga berhenti dan hanya berkhidmat selama 1 hari sahaja. Kekosongan jawatan pembantu pengurusan murid di prasekolah SK. Sri Changkat ini telah merunsingkan guru besar pada masa itu Pn. Zaidah dan telah memaksa beliau mengambil seorang pembantu kontrak selama 2 bulan. Pada awal bulan Ogos 2006 datang seorang lagi pembantu pengurusan murid bernama Cik Hazlina bt. Khairuddin dan telah berkhidmat di sekolah ini selama 8 bulan. Puan Zaidah juga telah bertukar ke Pantai Remis dan telah diganti oleh seorang lagi guru besar yang penuh dedikasi iaitu Encik Mohd. Tahir b. Lokman. Bermula dari bulan April tahun 2007 hingga akhir bulan Febuari 2009 pembantu pengurusan murid telah diisi oleh Pn. Rosma Norra bt. Ahmad. Dan sekarang jawatan pembantu pengurusan murid di Prasekolah SK. Sri Changkat mengalami kekosongan lagi. Kalau dilihat dari sejarah, bermula dari prasekolah SK. Sri Changkat dibuka pada tahun 2006 hingga 2009, sekolah ini telah menerima 6 orang pembantu pengurusan murid. Yang hanya berkekalan ialah guru prasekolah Pn. Marziah Ghazali. Diharapkan pembantu pengurusan yang akan melaporkan diri di sini nanti biarlah boleh berkhidmat dengan lebih lama.

No comments:

Post a Comment