Tuesday, February 10, 2009

guru prasekolah sk.sri changkat

Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Ipoh Perak pada tahun 1992-1994. Mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Disember 1994. Menjadi guru kelas Tahun 1 selama 9 tahun di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah bermula dari tahun 1994 hingga 2002. Pada tahun 2000 telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Pernah menjadi johan Kelas Transisi peringkat negeri Perak. Pada tahun 2003, telah bertukar ke SK. Telok Kemang, Port Dickson. Di sekolah inilah saya mula mengajar prasekolah. Pertama kali mengajar prasekolah memang terasa peritnya tambahan perlu melayan kerenah murid prasekolah yang seramai 25 orang itu. Oleh kerana baru di sekolah tersebut sering dipantau oleh Ketua Penyelaras Prasekolah Port Dickson Pn. Venilla dan Ketua Unit Prasekolah JPNS En. Sazali. Jutaan terima kasih kepada semua J/U terutama kepada Pn. Fatimah yang banyak membantu dalam menyusun atur kelas, membimbing bagaimana mendidik murid-murid prasekolah, merancang aktiviti-aktiviti p&p dan sebagainya. Setelah 3 tahun berkhidmat di SK. Telok Kemang, saya berpindah semula ke Daerah Perak Tengah dan berkhidmat di SK. Sri Changkat . Pada tahun 2008 telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Dan sekarang saya masih mengajar di SK. Sri Changkat. Sekolah yang terletak 15 km dari jalan utama. Seronok kat sini sebab boleh menikmati udara segar dan nyaman dan .........( shh.........jarang di pantau seperti di Telok Kemang dulu).

No comments:

Post a Comment