Wednesday, December 17, 2008

Kotak Tema


Setiap kelas prasekolah perlu menyediakan kotak tema kelas masing-masing bagi memudahkan proses p&p. Guru prasekolah mesti memastikan sekurang-kurangnya mempunyai 20 kotak tema mengikut tema-tema yang telah diberikan. Sebaik-baiknya setiap tema satu kotak tema perlu disediakan. Kotak tema adalah satu kotak yang kita masukkan bahan-bahan yang berkaitan dengan tema tersebut. Bahan-bahan yang hendak disimpan perlulah berkaitan dengan aktiviti yang hendak kita ajar.

Bahan-bahan yang perlu ada dalam Kotak Tema:

1. Kad gambar
2. Kad sukukata
3. Kad perkataan
4. Kad cantum
5. Kad Lipat
6 Kad lubang
7. Puzzle perkataan
8. Puzzle gambar
9. Kad nombor
10. Modul
11. Peralatan permainan yang berkaitan dengan tema
12. Acuan huruf dan gambar
13. Kad aktiviti

2 comments:

  1. salam.saya setuju dengan cadangan cikgu untuk adakan satu kotak untuk setiap tema.idea yang baik.

    ReplyDelete
  2. salam.saya setuju dengan cadangan cikgu untuk adakan satu kotak untuk setiap tema.idea yang baik.

    ReplyDelete